Topik diikuti
Pergi ke BHku'Gegar Vaganza' Bergegar Ubati rindu peminat
Premium
'Gegar Vaganza' Bergegar Ubati rindu peminat
12 penyanyi mantap sertai musim kedua adu bakat realiti
'Gegar Vaganza' Bergegar Ubati rindu peminat

ORANG LAMA, SEMANGAT BARU: (Dari kiri) Nizam Laksamana, Haiza, Ezad Exists, Achong Sweetchild, Zul Handy Black, Sheeda, Siti Nordiana, Faradhiya, Nassier Wahab, Azian Mazwan Safuan, Amir Ukays dan Ezlynn akan bertarung di medan Gegar Vaganza mulai malam ini. - Foto KHALID BABA -
Oct 18, 2015 | 5:30 AM
JIKA awal tahun ini penyanyi legenda Ayai Ilusi mampu membangkitkan semula kerjaya nyanyiannya dengan kemenangan RM100,000 ($37,800) di pentas realiti Gegar Vaganza, ramai rakan seangkatannya ingin turut serta bersaing bagi menyemarakkan industri seni.
Sambutan yang diraih bagi peraduan buat penyanyi profesional yang popular di era 1980-an dan 1990-an itu sangat baik sehingga saluran Astro Ria, selaku penerbit program, tidak teragak-agak menganjurkan musim kedua Gegar Vaganza.
