Topik diikuti
Pergi ke BHkuIrama Buat Ayah
Tiga beradik sertai adu bakat serantau sebagai meneruskan warisan muzik arwah bapa

Irama Buat Ayah
GADIS kecil, Tahniah Shahar, yang berambut panjang melepasi bahu dan bertopi merah jambu menarik perhatian penulis di bilik penantian peserta uji bakat Asia's Got Talent, baru-baru ini.
Dia yang membawa sepasang kayu dram ditemani ibunya, Cik Maznah Abdul Majid, 46 tahun, seorang suri rumah bagi sesi uji bakat yang berlangsung di Teater MasterCard, Marina Bay Sands.
