Premium
'Istana kreatif' Ahmad Dhani bagaikan muzium sejarah
Komposer berpengaruh Indonesia lebih senang jana bakat baru
Jan 31, 2016 | 5:30 AM
SEJURUS melangkahkan kaki ke rumah pemuzik rok dan penggubah lagu genius Indonesia, Ahmad Dhani, di kawasan Pondok Indah di Jakarta Selatan baru-baru ini, terasa bagaikan berada dalam muzium kreatif yang sarat dengan barangan antik.
Di hadapan mata, aneka perabot kayu jati gah bagaikan 'menyambut' kedatangan media Singapura dan Malaysia yang baru sahaja selesai makan tengah hari.

