Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

‘Jerry Lewis of Malaya’, Wahid Satay, meninggal dunia

May 22, 2023 | 10:46 AM



SENIMAN veteran Wahid Satay, 93 tahun, meninggal dunia sekitar 8.15 pagi Isnin di rumah kerana gangren dan penyakit jantung.

Sebelum ini, Wahid yang dikenali dalam filem Badang dan Satay dirawat di Hospital Besar Changi (Bangunan Bersepadu) sekitar dua minggu lalu kerana jangkitan bakteria pada ibu jari kakinya yang merebak ke bahagian jantung.

Berita pemergiannya dimaklumkan oleh cucunya, Mahirah Mohd Yassin, yang dihubungi Berita Harian.

Kata Mahirah:

“Dalam seminggu yang lalu, Tok Wahid memang sudah terlantar di katil, tidak dapat makan seperti biasa dan perlu menggunakan lampin pakai buang. Datuk saya memang mempunyai masalah kencing manis, ginjal dan doktor pun kata ada tanda-tanda kerosakan jantung.

“Ada beberapa permintaan Tok sebelum pemergiannya. Antaranya seperti nak makan sate. Kami belikan juga satu set lengkap sate dan rasa-rasakan pada lidahnya...agar tidak kempunan. Kami sekeluarga sebak melihat keadaan Tok. Bagi saya, Tok memang penyayang dan saya memang rapat dengannya.

“Sewaktu saya dahulu berjinak-jinak dalam bidang nyanyian, Tok selalu pesan agar jangan lupa solat macam mana sibuk pun dan jaga diri serta rajin berusaha.”

Jenazah dijadualkan dibawa ke Pusara Aman sekitar 1 petang.

Wahid atau nama sebenarnya Abdul Wahid Haji Ahmad dilahirkan di Indragiri, Indonesia, dan kemudian berhijrah ke Singapura, bermula sebagai pelukis set di Studio Cathay-Keris sekitar East Coast Road pada penghujung 1956.

Beliau pelukis yang baik sejak di zaman sekolah. Namun, beliau juga mengagumi pelakon seperti Siput Sarawak, Maria Menado dan Umi Kalthum.

Pengarah B.N. Rao adalah karyawan seni yang menawarkan peranan sebagai pelawak dan membuka jalan bagi Wahid membintangi filem Pontianak.

Ini adalah kerana beliau sering melihat betapa bersahajanya Wahid bergurau senda dengan rakan-rakan lain.

Nama Wahid Satay bahkan diberi pemilik Studio Cathay-Keris, Tan Sri Loke Wan Tho kepadanya menyusuli peranan sebagai penjual sate yang digalas dalam Pontianak.

Beliau dinaikkan pangkat kepada pelakon sepenuh masa selepas kejayaan filem itu.

Sebagaimana kata Wahid dalam satu wawancara bersama Berita Harian sebelum ini:

“Saya boleh dianggap sebagai anak emas Loke Wan Tho. Beliau banyak beri saya peluang malah dapat juga saya ke pesta filem di luar negara seperti di Tokyo, Hong Kong dan Manila. Filem Pontianak itu memang berjaya dan pecah rekod dalam dunia filem Melayu. Filem Inggeris pun kalah,” tambahnya lagi.

Sepanjang kerjaya lima dekadnya, Wahid berlakon dalam lebih 30 filem termasuk muncul dalam watak undangan bagi filem Pontianak Harum Sundal Malam dan Senario XX.

Apabila zaman Cathay-Keris berlalu, beliau yang dikenali dengan julukan ‘Jerry Lewis of Malaya’ (persis pelawak Hollywood, Jerry Lewis) turut mencipta lagu-lagu lucu. Antaranya termasuk Senorita Lembu Tua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >