SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kartina Dahari meninggal dunia

Kartina Dahari meninggal dunia

May 1, 2014 | 11:38 AM

Kartina Dahari meninggal dunia

PEMERGIAN SEORANG BIDUANITA: Allahyarhamha Kartina Dahari meninggal dunia petang tadi akibat penyakit barah pangkal rahim. - Foto
PEMERGIAN SEORANG BIDUANITA: Allahyarhamha Kartina Dahari meninggal dunia petang tadi akibat penyakit barah pangkal rahim. - Foto -

BIDUANITA Kartina Dahari telah meninggal dunia petang ini.

Seniwati berusia 73 tahun itu meninggal dunia kerana mengidapi penyakit barah pangkal rahim.

Kali terakhir Allahyarhamha tampil di depan peminatnya adalah semasa Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013.

Ia dijayakan dengan suasana yang penuh syahdu tetapi menggambarkan segala keindahan yang ada pada nilai seni yang diperjuangkan Kartina.

Linangan air mata mengiringi persembahan artis-artis yang menjiwai penuh lagu-lagu yang pernah dipopularkan seniwati tersebut.

"Saya cukup terharu dengan penghormatan dan kasih sayang dicurahkan semua yang hadir. Kenangi saya dalam doa kalian semua," kata Kartina sewaktu konsert itu.

Allahyarhamha meninggalkan tiga anak.

Jenazahnya akan disembahyangkan pada 10 pagi di Masjid Baalwie esok sebelum dikebumikan di Pusara Abadi (Khamis, 1 Mei).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg