Premium
Kebangkitan 'Riangnya Raya' dalam wabak Covid-19
May 3, 2020 | 5:30 AM
CERIA DARI KEJAUHAN: Penyanyi Singapura, Ridwan Salim, keluar dari zon selesa, bagi menghasilkan lagu Lebaran dengan cetusan nostalgia, 'Riangnya Raya', yang membangkitkan semangat ceria beraya walau terpisah daripada keluarga dek wabak Covid-19. - Foto ihsan RIDWAN SALIM -
WALAUPUN Hari Raya tahun ini bakal disambut dalam keadaan berbeza di mana kunjung mengunjung tidak dapat dilakukan dek wabak Covid-19, penyanyi Singapura Ridwan Salim tidak menganggapnya sebagai halangan merasakan keceriaan berlebaran.
Lantaran itu, awal-awal lagi sebelum Ramadan disambut minggu lalu, Ridwan, 35 tahun, telah menghasilkan lagu Raya pertamanya, Riangnya Raya.

