Peminat seni tanah air bakal disajikan dengan sebuah pementasan unik apabila karya opera agung Italy, Lucia di Lammermoor, karya komposer, Gaetano Donizetti, diolah semula berlatarbelakangkan Tanah Melayu pada era 1950-an.

Berjudul Lucia di Lamur, pementasan perdana dunia ini merupakan anjuran syarikat seni, The Creative Sync, menerusi sayap penerbitan operanya, The Opera Pot.