Lagu Raya moden kumpulan pemuzik S’pura tetap terap irama tradisional
Pengguna Berdaftar
Lagu Raya moden kumpulan pemuzik S’pura tetap terap irama tradisional
Kumpulan Mej’oramiento imbangi unsur moden, klasik dalam ‘Erti Syawal’ agar kekal relevan
Apr 8, 2025 | 5:30 AM
Bakat pemuzik tanah air daripada kumpulan Mej’oramiento, gigih melancarkan lagu Raya moden, sambil mengangkat irama tradisional berjudul, ‘Erti Syawal’. Anggota kumpulan termasuk (dari kanan) Muhammad Sultan Ali Ahamed, Mohamad Iskandar Mohd Jefri, Muhammad Yusuf Mohd Selamat, Nd Khal dan Rostam Afandi Yusop. - Foto UBAN SG
Walaupun lahir daripada selera dan latar muzik berbeza, lima pemuzik tempatan bersatu tenaga menerusi lagu Raya berjudul, Erti Syawal, yang mengajak pendengar menghayati semula makna Aidilfitri serta mengimbau nostalgia sambutan perayaan penuh bermakna.
Kumpulan dengan nama, Mej’oramiento, menggabungkan lima bakat setempat iaitu – vokalis, ND Khal, 45 tahun; pemain gitar, Mohamad Iskandar Mohd Jefri, 34 tahun; Muhammad Yusuf Mohd Selamat, 40 tahun; pemain bes, Muhammad Sultan Ali Ahamed, 41 tahun; dan pemain dram, Rostam Afandi Yusop, 52 tahun.
Laporan berkaitan
Hady Mirza rindu sambutan Aidilfitri zaman 80-anMar 27, 2025 | 8:40 PM
Nobat Kota Singa kongsi keindahan lagu tradisional Melayu dalam ‘Irama Laguku’ Feb 14, 2025 | 12:23 PM

