Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

M Nasir tak suka gelaran otai, legenda

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

M Nasir tak suka gelaran otai, legenda

Jan 07, 2022 | 07:58 PM



KUALA LUMPUR: Penyanyi lama terpaksa akur peminat enggan mendengar lagu baru kerana sukar mengikis minat terhadap lagu hits lama.


Perkara ini didedahkan penyanyi dan komposer bergelar sifu, Datuk M Nasir, 64 tahun, menurut laporan media seberang tambak.


Menurutnya, peminat yang memuja penyanyi lama tidak mahu mendengarkan buah tangan terbaru artis berkenaan.


Sebaliknya, katanya, hanya segelintir peminat tegar yang akan menyokong penyanyi pujaan, tetapi itupun hanya beberapa kerat sahaja.


“Apabila penyanyi lama ingin menghasilkan album baru, sebenarnya ia bukan mudah. Kalau hendak buat lagu baru, orang tak mahu dengar. Mereka memang memuja artis, tetapi ada peminat lebih menggemari lagu lama yang hits.


“Tak dinafikan, peminat tegar akan bertanya bila penyanyi pujaan akan mengeluarkan album, tetapi berapa kerat akan menyokong? Ini kerana peminat sudah terbiasa mendengarkan penyanyi pujaan menyanyikan lagu hits lama. Bagi mereka, lagu hits lama sudah cukup sedap, jadi sukar terima jika dengar lagu baru.


Penyanyi yang popular menerusi lagu Mustika, Keroncong Untuk Ana dan Tanya Sama Itu Hud Hud itu berkata, bukan mudah untuk penyanyi lama bersaing dengan penyanyi generasi baru.


Katanya, ini kerana kehadiran penyanyi lama pasti membuatkan pendatang baru kurang selesa.


“Orang muda sekarang mereka ada dunia yang tersendiri. Apabila kita sibuk-sibuk, pasti mereka cakap, apa bendalah.


Umpamanya, apabila kita masih bertanding dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), sedangkan, kini trend semua di kalangan penyanyi berusia 20-an.


“Tidak salah jika penyanyi lama masih mampu bertanding kerana kita buat benda yang moden, malah ada kalanya lebih moden berbanding penyanyi baru,” katanya.


M Nasir berkata, penyanyi lama masih ada tempat, cuma mengharapkan tidak digelar otai.


“Saya tidak gemarkan gelaran otai dan legenda. Berapa banyak program hendak gelar kita sebagai otai? Bagi saya, gelaran seperti ini tidak perlu kerana kita serius sebagai penyanyi dan pengkarya.


“Kita hanya ingin menghiburkan peminat dan cari makan. Itu sahaja” katanya yang pernah beberapa kali mengungguli AJL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >