Topik diikuti
Pergi ke BHkuNash tak mahu solo lagi
Premium
Nash tak mahu solo lagi
Selepas menduda hampir lima tahun vokalis Lefthanded rancang berkahwin tahun ini
Jan 14, 2014 | 3:59 PM
Nash tak mahu solo lagi
SERONOK MELAYAN CUCU: Nash seronok meluangkan masa bersama keluarga dan cucu sulungnya yang berusia setahun, selain memikirkan projek album baru yang diusahakan bersama Datuk Ramli Sarip. - Foto OH BULAN! -
SETELAH hampir lima tahun menduda, vokalis kumpulan rok tersohor Lefthanded, Nashrudin Elias, berhasrat menamatkan zaman solonya, tahun ini.
Nashrudin, 54 tahun, atau lebih dikenali sebagai Nash, mendedahkan beliau sudah tiga tahun lamanya mengenali hati budi seorang wanita dan bertekad menyuntingnya sebagai teman hidup.
