Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Neelofa sah bergelar isteri PU Riz

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hiburan
39
0

Neelofa sah bergelar isteri PU Riz

Mar 27, 2021 | 05:45 PM

USAHAWAN dan pengacara televisyen Neelofa, kini sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail, yang lebih dikenali sebagai PU Riz, di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada pagi Sabtu (27 Mac).

Pasangan itu dinikahkan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor, dalam majlis yang berlangsung sekitar 11.43 pagi.

Menurut Berita Harian Malaysia, majlis itu dihadiri 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak.

Pasangan itu meluahkan rasa syukur majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah," kata Neelofa, 32 tahun, dan PU Riz, 26 tahun.

Neelofa, yang nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, berkata beliau telah mengenali PU Riz pada Jun 2017 dan bekerjasama buat kali pertama untuk sebuah projek pada 2018.

Mereka kemudian tidak berhubung hingga setahun kemudian, dan sejak itu mula mengenali hati budi masing-masing.

Bekas pengacara MeleTOP itu berkata suaminya adalah seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.

"Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.

"Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah," kata Neelofa.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3