Topic followed successfully
Go to BHkuPelakon M'sia Ashraf Sinclair meninggal dunia
Pelakon M'sia Ashraf Sinclair meninggal dunia
Feb 18, 2020 | 9:34 AM
Pelakon M'sia Ashraf Sinclair meninggal dunia
Ashraf Sinclair, yang popular dengan drama Gol & Gincu, meninggal dunia pada usia 40 tahun. - Foto: Instagram Ashraf Sinclair
JAKARTA: Pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair, yang juga suami penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari, meninggal dunia pagi ini (18 Februari) akibat serangan jantung.
Berita ini disahkan oleh pengurus Bunga Citra Lestari, Doddy, menurut laman Kompas.
"Serangan jantung," tulis Doddy melalui pesanan ringkas.
Berita kematian Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, itu mengejutkan ramai rakan artis, yang membanjiri laman Instagramnya dengan ucapan takziah.
Ashraf, yang popular dengan drama Gol & Gincu, meninggal dunia pada usia 40 tahun.

