Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemuzik luang masa buat kerja amal, jual kurma, kirim makanan
1 of 2
Pemuzik luang masa buat kerja amal, jual kurma, kirim makanan
KERISAUAN yang membelenggu benak pemuzik Riduan Yusoff apabila tugasnya di hotel dan pusat hiburan malam terjejas dek langkah pemutus litar wabak Covid-19 tidak dibiarkan lama bersarang di fikiran.
Sebaliknya, beliau bersyukur ada rezeki baginya mencuba bidang niaga kecil-kecilan walaupun secara musiman Ramadan lalu dengan menjual kurma ajwa.
