Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyanyi Exist, Ezad dan isteri naik pelamin lagi

Mar 9, 2020 | 9:19 AM
Ezad bakal naik pelamin lagi bersama isterinya nanti, serta berkongsi pengalaman perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga masing-masing.
Ezad bakal naik pelamin lagi bersama isterinya nanti, serta berkongsi pengalaman perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga masing-masing. - Nur Diyana Taha

Penyanyi, Ezad Lazim bakal bersanding sekali lagi bersama isterinya, Zeana Ramli pada 29 Mac ini bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh.

Di majlis sama, vokalis kumpulan Exists itu akan melancarkan dewan perkahwinan yang diuruskannya dikenali 'Cinta White Ballroom by Ezad Lazim'.

Ezad memberitahu Harian Metro:

"Sebenarnya, ini adalah majlis persandingan semula kami selepas tujuh tahun usia perkahwinan. Dulu, banyak benda yang kami tak berpeluang nak buat, jadi dalam majlis kali ini, akan direalisasikan."

Ezad juga akan berkongsi pengalaman di majlis perkahwinannya bersama Zeana yang diatur oleh keluarga pada tujuh tahun lalu dan berlangsung di Kedah.

"Perkahwinan kami adalah jodoh yang diatur oleh keluarga. Jadi, majlisnya tidaklah terlalu meriah dan isteri saya tak berpeluang nak memakai gaun pengantin memandangkan majlis perkahwinan kami ketika itu 'ala kampung'.

"Jadi, kali ini isteri saya akan memakai gaun pengantin seperti diimpikan dan kami nak kongsi hari bahagia itu bersama keluarga dan rakan media yang mungkin tak berkesempatan hadir sekitar tujuh tahun lalu," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg