SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Penyanyi Malaysia Maya Matahari meninggal dunia akibat barah

Penyanyi Malaysia Maya Matahari meninggal dunia akibat barah

Mar 18, 2020 | 5:53 PM

Penyanyi Malaysia Maya Matahari meninggal dunia akibat barah

DERITAI BARAH: Mya Ruslee telah menjalani rawatan di China bagi penyakit barah yang dihidapinya.
DERITAI BARAH: Mya Ruslee telah menjalani rawatan di China bagi penyakit barah yang dihidapinya. - Instagram Mya Ruslee

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Mya Ruslee, yang juga dikenali sebagai Maya Matahari, meninggal dunia pada Rabu (18 Mac) akibat barah.

Berita tersebut disahkan oleh penyanyi dan penyampai radio yang dikenali sebagai Haiza, lapor Harian Metro.

Menurut Haiza, beliau tahu rakannya itu menghidapi barah dan menjalani rawatan di China. "Dia tak banyak berkongsi mengenai penyakitnya. Yang saya tahu, dia menghidap barah sejak dia menyertai Gegar Vaganza musim kelima lagi pada 2018 dan baru saja pulang dari China selepas menjalani rawatan di sana," katanya.

Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee popular menerusi beberapa lagu seperti Matahari dan Diari Biru sekitar 1990-an.

Allahyarhamha kembali membuat kemunculan semula selepas menyertai program Gegar Vaganza.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg