Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyanyi Nuradee sedar dari koma; doktor temui tumbuhan di otak

Sep 14, 2021 | 9:06 PM
Penyanyi kumpulan Nuradee, Mohd Noor Abdullah, baru sedar dari koma. - Foto FACEBOOK/NURADEE
Penyanyi kumpulan Nuradee, Mohd Noor Abdullah, baru sedar dari koma. - Foto FACEBOOK/NURADEE -

PENYANYI Mohd Noor Abdullah dari kumpulan setempat, Nuradee sudah sadar daripada koma, menurut catatan Facebook kumpulan tersebut pada Selasa (14 Sept).

Menurut catatan itu, Mohd Noor dirawat di hospital selama dua bulan setelah doktor mendapati tumbuhan di otak.

"Sebelah tangan lumpuh, (perlu) banyak terapi...ingatan Nur 50 peratus hilang," kata catatan tersebut lagi.

Berita Harian sebelum ini melaporkan Mohd Noor, 53 tahun, rebah secara tiba-tiba selepas makan malam di rumahnya di Gelang Patah, Johor Bahru pada awal Ogos.

Beliau pada mulanya dimasukkan ke hospital swasta Gleneagles Hospital Medini Johor dan dirawat di Unit Jagaan Rapi selama dua minggu.

Memandangkan bil hospital agak tinggi, kata abangnya, Mohd Rashid Abdullah atau Adee, beliau mengambil keputusan untuk membawa adiknya pulang ke Singapura dan mendapatkan rawatan seterusnya di Hospital Besar Sengkang di sini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg