Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Penyanyi veteran Zaleha Hamid uzur selepas diserang angin ahmar

Feb 13, 2020 | 11:41 AM



KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran, Zaleha Hamid, 65 tahun, kini uzur selepas diserang angin ahmar pada Disember lalu.



Kemunculannya dalam program realiti, Gegar Vaganza (GV) pada 22 Disember lalu adalah kali terakhir penyanyi yang mendapat gelaran Ratu Dangdut itu berjalan, bertutur dan berseloroh, lapor Berita Harian Malaysia.



Wanita kelahiran Sungai Pinang, Pulau Pinang yang lebih lima dekad bergelar penghibur tidak mampu menjamah makanan, sebaliknya hanya diberikan susu melalui tiub.



Suaminya, Ungku Sulaiman Ungku Aziz, 55 tahun, berkata, keadaan isterinya semakin uzur apabila tidak boleh menjamah makanan sejak diserang penyakit angin ahmar kira-kira dua bulan lalu.



Katanya, isterinya baru saja keluar hospital selepas lebih sebulan menerima rawatan dan terapi.



“Mama hanya diberikan minum susu melalui tiub. Buang air pun guna tiub.



“Saya pernah menyuapkan bubur, tetapi asyik tersedak-sedak. Air meleleh apabila diberikan minum menggunakan straw.



“Saya dinasihatkan doktor memberikan Mama susu rendah kalsium, tekaknya seperti tidak boleh menerima makanan,” katanya yang kini tinggal di Skudai, Johor Bahru.



Ungku Sulaiman berkata, dia sudah melihat perubahan isteri pada hari kemunculannya dalam program GV.



“Mama merungut, kakinya lenguh apabila berjalan laju. Saya suruh berjalan perlahan-lahan.



“Ketika sedang bersolek, saya lihat kepalanya asyik senget ke sebelah kanan, tetapi Alhamdulillah, tiada reaksi seperti nak terkena serang angin ahmar.



“Perubahan ketara apabila bergurau atas pentas bersama pengacara, Nabil Ahmad. Gerak tubuh dan pertuturan seperti ada lain sikit,” katanya.



Ungku Sulaiman berkata, tiada lagi wakil persatuan yang menziarahi isterinya setelah terkena serangan angin ahmar.



“Saya mengharapkan persatuan dapat menghulurkan sumbangan meringankan bebanan kami.



“Ubatan, pampers dan susu memerlukan perbelanjaan tinggi, tetapi kami kurang berkemampuan. Sejujurnya, kami anak beranak hidup seadanya, pendapatan saya pula tidak seberapa,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >