Topik diikuti
Pergi ke BHkuProdigi piano M'sia adakan konsert
Jan 23, 2015 | 6:51 AM
Prodigi piano M'sia adakan konsert
USIANYA baru 16 tahun tetapi Tengku Ahmad Irfan Tengku Ahmad Shahrizal sudah cemerlang bermain piano dan memaparkan kecanggihan dalam gubahan muzik.
Beliau dianggap sebagai seorang prodigy atau remaja genius dari Malaysia yang telah melakukan improvising (menghasilkan sesuatu secara spontan) pada kadenza Konserto Piano (WoO4) oleh Beethoven semasa membuat persembahan solo bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) pada usia 11 tahun.