Topic followed successfully
Go to BHkuSelamat tinggal, Nanu Nanu...
Premium
Selamat tinggal, Nanu Nanu...
Robin Williams disyaki membunuh diri dan meninggal dunia akibat asfiksia
Aug 13, 2014 | 6:00 AM
Selamat tinggal, Nanu Nanu...
TIADA LAGI GELAK TAWA: Pelakon komedi tersohor, Robin Williams, yang dikenali menerusi filem-filem seperti Good Morning Vietnam dan Mrs Doubtfire, telah meninggal dunia pada usia 63 tahun. Gambar menunjukkan mendiang memenangi anugerah Oscar sebagai pelakon pembantu terbaik dalam filem Goodwill Hunting pada 1998. - Foto AFP -
PELAKON, pelawak dan pemenang anugerah Oscar, Robin Williams, yang meninggal dunia kelmarin dipercayai telah membunuh diri.
Robin, 63 tahun yang terkenal dengan siri drama komedi Mork and Mindy pada lewat 1970-an yang sering memberi salam "nanu-nanu", telah dijumpai mati kelmarin di rumahnya di Tiburon, California, di utara San Francisco, menurut Pejabat Syerif Marin County.

