Topic followed successfully
Go to BHkuSeniwati Maria Menado meninggal dunia
Seniwati Maria Menado meninggal dunia
Apr 30, 2026 | 3:02 PM
Seniwati Maria Menado meninggal dunia
Allahyarhamha Maria Menado yang membintangi banyak filem Melayu klasik ikonik, dilapor menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua, di sisi anggota keluarga pada tengah hari 30 April. - Foto BHM
KUALA LUMPUR: Primadona filem Melayu klasik, Datuk Seri Maria Menado, dilapor meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di sini, pada 12.25, 30 April, pada usia 94 tahun.
Allahyarhamha Maria yang membintangi banyak filem Melayu klasik ikonik, dilapor menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua, di sisi anggota keluarga.

