Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Siti Nurhaliza kesal single baru dimuat naik ke YouTube tanpa izin

Feb 22, 2020 | 03:58 PM



PENYANYI legenda Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal apabila single terbarunya, 7 Nasihat, telah dimuat naik secara berleluasa ke wadah YouTube.



Single itu, yang merupakan duet bersama rapper generasi baru, Kmy Kmo dan Luca Sickta yang dilancarkan 12 tengah Khamis lalu.



Menurut laman Sinar Harian, penyanyi itu menganggap tindakan beberapa individu yang cuba mengambil kesempatan menambah jumlah tontonan di laman YouTube peribadi masing-masing dengan memuat naik single itu sebagai tidak bertangggungjawab.



Siti menerusi laman Instagramnya,  memohon agar pihak terbabit memadam video tersebut dan menghormati hak cipta dan karya insan seni sepertinya



“Tujuh Nasihat baru saya lancarkan. Dukacita, sudah banyak yang memuat naik dan meletakkan di dalam Youtube masing-masing. Saya mohon agar anda menghormati hakcipta dan karya insan seni,” ujarnya kesal.



Penyanyi Anta Permana itu juga meminta agar peminat membantunya dengan membuat laporan terhadap akaun YouTube terbabit.



“Pihak syarikat saya, SNP dan Universal Music akan segera memantau hal ini. Saya mohon agar anda yang berbuat demikian dapat memadamkan video tersebut sebelum laporan dibuat bagi tindakan selanjutnya,” ujarnya.



Single terbitan Siti Nurhaliza Productions dengan kerjasama Universal Music Malaysia itu boleh didapati di semua wadah digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >