Topic followed successfully
Go to BHkuTasha Shilla: Saya bukan perempuan escort
Premium
Tasha Shilla: Saya bukan perempuan escort
Pelakon nafi dakwaan akhbar, rancangan Melodi mengenai 10 artis wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran
Feb 14, 2015 | 5:30 AM
Tasha Shilla: Saya bukan perempuan escort
TASHA SHILLA: Beliau dan peguam rancang hantar notis amaran kepada penerbit rancangan hiburan Melodi dengan mendakwa bahawa pembabitan namanya sebagai 'escort girl' adalah fitnah, berniat jahat dan menjejas maruahnya. - Foto THE STAR -
PELAKON Tasha Shilla meminta semua pihak supaya tidak mengaitkannya terlibat dengan kegiatan pelacuran sebagai gadis peneman atau escort girl.
Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd Razak, 28 tahun, berkata isu yang ditimbulkan oleh program hiburan Melodi pada 8 Februari lalu benar-benar telah mencalarkan namanya sehingga ia menimbulkan persepsi buruk masyarakat.

