Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Terror’ semasa kecil, sampai tunjuk penumbuk pada budak lelaki

May 12, 2025 | 5:30 AM
wany hasrita, Aishah Al Iman, anak wany hasrita, wany terror, wany hasrita jahat
Sebagai ibu, Wany Hasrita, ingin menjadi contoh terbaik buat anak tunggalnya, Aishah Al Iman, yang bakal berusia dua tahun, pada 8 Julai 2025. - Foto INSTAGRAM WANY HASRITA

Kenakalan semasa zaman kanak-kanak tidak dapat terluput daripada ingatan penyanyi, Wany Hasrita.

Kadangkala, apa yang dilakukan meskipun terasa mengaibkan buatnya, merupakan satu pengajaran agar tidak menanam ciri-ciri seorang pembuli dari awal lagi dalam diri.

Inilah penjelasan Wany, 32 tahun, apabila diminta Berita Harian (BH), memberikan beberapa perkara yang dianggap ‘jahat’ (sejajar dengan judul lagu terbarunya, Jahat), yang pernah dilakukannya sewaktu kecil.

“Aib betullah, kak... Nak kata ‘jahat’, mungkin nakallah. Tapi ada hikmah di sebalik segalanya. Kalau tak kerana ibu saya ambil langkah segera untuk memarahi saya dan mengoyakkan buku serta mengancam nak bakar pakaian seragam sekolah, saya takkan rasa serik.

“Alhamdulillah, apabila besar, semuanya okey. Saya bukan lagi budak yang tiba-tiba bertindak macam pembuli,” jelasnya dengan nada tegas lagi menginsafkan.

Menurut Wany, beliau pernah menunjukkan genggaman tangan tanda penumbuk ketika berada di darjah satu terhadap seorang budak lelaki darjah lima, tanpa mengingati sebab mengapa beliau bersikap kasar seperti itu.

“Seingat saya, saya tunggu budak itu di tepi padang sekolah. Apabila dia masuk dari pintu pagar dan lalu depan saya, saya pun apa lagi? Saya tunjukkan penumbuk. Kebetulan, dia adalah jiran yang menetap di flat untuk keluarga pegawai polis, yang sama dengan saya. Ayah saya seorang pegawai polis.

“Mak budak ni turun ke rumah kami dan beritahu ibu saya, ‘Anak awak nak jadi pembuli ke? Apa lagi? Ibu naik angin dan koyakkan buku saya. Ibu kata, kalau nak jadi pembuli, tak payah belajar.

“Nasib arwah opah saya menyelamatkan keadaan. Sebab ibu nak bakar pakaian seragam saya,” cerita pelantun lagu Menahan Rindu itu.

Selain itu, pada usia enam tahun, Wany juga pernah pulang rumah sendiri dengan berjalan kaki daripada tadika tempat beliau belajar.

Tadika itu dalam kawasan estet pegawai polis.

“Ayah pergi ke pejabat. Saya bertegas tak nak balik rumah pengasuh.

“Saya langsung jalan kaki, pulang ke rumah sendiri. Kemudian, saya cabut pokok bunga jiran! Memang sebagai budak, saya suka petik bunga cantik tetapi kali ini, saya cabut pokok itu daripada akarnya!” ceritanya.

Hah, bukan main ‘terror’ Wany ya?

Laporan berkaitan
Trivia LaguJul 26, 2024 | 11:56 AM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg