Premium
Tiga sekawan lancar 'Jam!' ketika jalan raya lengang
Apr 11, 2020 | 5:30 AM
SINGLE BARU: (Dari kiri) Art Fazil, Baba Andy dan Imuda bergabung tenaga membawakan lagu Jam! - Foto MORO RECORDS -
JALAN raya di mana-mana kini begitu lengang kerana arahan pemutus litar di Singapura dan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) di Malaysia.
Tetapi anehnya, penyanyi Art Fazil dan dua rakan seni dari seberang, Baba Andy (dulu dikenali sebagai Andy Flop Poppy) dan pelakon Imuda baru-baru ini melancarkan single terbarunya yang menggambarkan kesesakan jalan raya berjudul Jam!

