DARI jauh, pelakon manis Malaysia Tiz Zaqyah, yang pernah mencetus fenomena di Singapura dek watak Nur Amina dalam drama bersiri popular Nur Kasih, menguntum senyuman.

Genap sedekad wawancara awal saya bersama Tiz, yang nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, semasa beliau masih pelakon remaja yang namanya meningkat naik semalaman hasil penangan drama arahan Kabir Bhatia itu.