Usaha keras Nadzmi di bidang lakonan, akademik bawa hasil
Premium
Usaha keras Nadzmi di bidang lakonan, akademik bawa hasil
Apr 30, 2016 | 5:30 AM

BERSIKAP OPTIMIS: Sikap optimis Nadzmi Adhwa membawa kejayaan dengan meraih Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik dan Multimedia. - Foto NEW STRAITS TIMES -
PELAKON dengan 'trademark' rambut keritingnya, Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 24 tahun, bersyukur apabila kerja keras dirinya belajar sambil berlakon berbalas dengan segulung ijazah baru-baru ini.
Calon Top 5 kategori Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 29 itu menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik dan Multimedia dengan kepujian pada sidang pagi Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) kali ke-84 di Shah Alam, kelmarin.

