Topic followed successfully
Go to BHkuWings iktiraf seniman rok Singapura
Premium
Wings iktiraf seniman rok Singapura
Feb 13, 2015 | 5:30 AM
Wings iktiraf seniman rok Singapura
SAMA-SAMA BERJUANG: Kumpulan rok terkenal, Wings, bergabung bersama empat ahli muzik Singapura di konsert Wings & Temasek SuperFriends. (Baris depan dari kiri) Vokalis Wings Awie; Presiden Perkamus, Encik Yusnor Ef; dan pemuzik setempat, Yazid daripada kumpulan Lovehunters. (Baris belakang dari kiri) Pemain bes Wings, Eddy; pemuzik setempat, Yantzen daripada kumpulan Rusty Blade; Sarwanie "Wan" Ahmad daripada kumpulan Sweet Charity; pemain gitar Wings, Joe; pemuzik setempat Rosli Mohalim daripada kumpulan Sweet Charity; dan pemain dram Wings, Black. - Foto ZAINAL YAHYA -
KUMPULAN rok terkenal, Wings, mahu memberi penghargaan kepada empat pemuzik veteran Singapura yang masih berjuang dalam bidang seni di sebuah konsert esok.
Lantas, vokalis kumpulan itu, Awie, telah menghubungi Rosli Mohalim dan Sarwanie "Wan" Ahmad daripada kumpulan Sweet Charity; Yantzen daripada kumpulan Rusty Blade; dan Yazid daripada kumpulan Lovehunters; supaya sama-sama menjayakan konsert Wings & Temasek SuperFriends.

