Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yuna: Kami cukup merindui Ashraf

Feb 20, 2020 | 12:16 PM
DALAM KENANGAN: Yuna mengongsi gambar ibu dan bapa mentua, Adam serta Aishah yang memegang potret arwah Ashraf di Twitter.
DALAM KENANGAN: Yuna mengongsi gambar ibu dan bapa mentua, Adam serta Aishah yang memegang potret arwah Ashraf di Twitter. - Twitter Yuna

KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengutuskan ucapan takziah di atas pemergian abang iparnya, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Yuna, atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, yang tiba di Jakarta dari Los Angeles (LA), mengakui beliau dan keluarga merindui Allahyarham, lapor BH Online Malaysia.

"Terima kasih semua atas kiriman mesej. Kami cukup merindui Ashraf. Alhamdulillah, saya dan Adam kini berada di Jakarta bersama keluarga," tulis Yuna melalui Twitter.

Yuna turut mengongsi gambar ayah dan ibu mentuanya, Mohamad Anthony John Sinclair serta Khadijah Abdul Rahman, bersama suaminya, Adam, serta kakak iparnya, Aishah Sinclair, yang memegang potret arwah.

Foto tersebut diiringi tarikh kelahiran dan pemergian arwah iaitu 18 September 1979 hingga 18 Februari 2020.

Pagi Selasa (18 Feb), dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Ashraf di Pusat Perubatan Metropolitan (MMC), di Kuningan, Jakarta, pada 4.51 pagi menyusuli serangan jantung.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg