Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim sah suami isteri

Feb 21, 2020 | 11:28 AM



PELAKON cantik Zahirah Macwilson, 25 tahun, sah bergelar isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, 31 tahun, dengan sekali lafaz tepat jam 9 malam pada Khamis (20 Februari) di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara.


Pasangan itu dinikahkan bapa kandung Zahirah, Zainol Macwilson, lapor Harian Metro.


Zahirah menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.


Majlis yang diadakan secara tertutup ini dihadiri 200 tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak, pengurusan, teman rapat dan rakan media.


Zahirah atau nama penuhnya Nur Zahirah Macwilson Zainol, meluahkan rasa syukur kerana majlis yang dirancang hampir enam bulan itu berjalan dengan lancar.


"Alhamdulillah, sempurna sudah majlis yang saya tunggu. Jujurnya, saya agak gemuruh sejak beberapa minggu menjelang majlis ini.


"Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan saya berasa sangat gembira dan sangat bersyukur kepada Allah SWT," katanya.


Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza Abdoh juga turut menyatakan rasa syukur dan gembira yang tidak terhingga kerana menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya.


“Alhamdulillah, saya kini bergelar suami dan bermulalah sudah tanggungjawab saya untuk isteri, keluarga dan keluarga isteri saya.


"Saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik buat ikatan pernikahan kami ini dan semoga ia kekal sehingga ke jannah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >