Topic followed successfully
Go to BHkuZiela akui hidup pernah tidak terurus lepas kematian suami
Premium
Ziela akui hidup pernah tidak terurus lepas kematian suami
May 15, 2014 | 11:14 AM
Ziela akui hidup pernah tidak terurus lepas kematian suami
PENAWAR JIWA: Selain dua anak kandungnya, Ziela juga bahagia dengan anak angkatnya. Ibrahim Junid Abdullah, yang kini berusia dua tahun. - Foto fail -
PENERBIT drama dan pelakon Ziela Jalil mendedahkan hidupnya tidak terurus selepas suaminya, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, meninggal dunia akibat barah prostat pada 4 Januari 2008.
Ziela atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil, 44 tahun, berkata beliau pernah ke pusara suaminya setiap hari kerana fikirannya runsing dan merasakan tidak mampu menguruskan diri serta dua anak mereka iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah yang kini masing-masing berumur 21 dan 19 tahun.

