Topik diikuti
Pergi ke BHkuHisyam Hamid ubati rindu jadi anggota bomba
Premium
Hisyam Hamid ubati rindu jadi anggota bomba
Dapat tawaran berlakon dalam drama 'Abang Bomba I Love You' di Malaysia
Aug 2, 2016 | 5:30 AM
Hisyam Hamid ubati rindu jadi anggota bomba

KENANGAN MENGGAMIT MEMORI: Hisyam Hamid teruja dengan peranan selaku anggota bomba dalam drama baru Abang Bomba I Love You kerana pernah menggalas tugas sebagai pegawai bomba selama lapan tahun di Singapura sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur. - Foto KHALID BABA -
RASA rindu pelakon kacak asal Singapura, Hisyam Hamid, terhadap kerjaya sebagai pegawai bomba terubat apabila beliau mendapat tawaran menjayakan watak sebagai anggota bomba dalam drama 16 episod, Abang Bomba I Love You.
Hisyam, 31 tahun, memberitahu Berita Harian Malaysia bahawa beliau teruja, bahkan tidak berfikir panjang apabila watak tersebut ditawarkan oleh syarikat penerbitan Global Station Sdn Bhd pada Februari lalu.
