Topic followed successfully
Go to BHkuHollywood sudah terima semula Will Smith? Filem 'Emancipation' akan ditayang
Premium
Hollywood sudah terima semula Will Smith? Filem 'Emancipation' akan ditayang
Oct 10, 2022 | 5:30 AM
Hollywood sudah terima semula Will Smith? Filem 'Emancipation' akan ditayang
INSIDEN MENAMPAR ROCK SUDAH DILUPAKAN?: Kurang setahun selepas aktor Will Smith mengejutkan penonton seluruh dunia dengan insiden menampar Chris Rock di majlis penyampaian Oscars, filem terbarunya, 'Emancipation' akan tetap ditayangkan pada Disember ini. - Foto-foto APPLE -
KURANG setahun selepas aktor Will Smith mengejutkan penonton seluruh dunia dengan insiden menampar Chris Rock di majlis penyampaian Oscars, dikhabarkan bahawa filem terbarunya, Emancipation akan tetap ditayangkan pada Disember ini.
Drama mengenai era perhambaan secara umumnya diandaikan telah ditangguhkan tayangannya berikutan serangan pelakon Amerika Syarikat itu ke atas pelawak tersebut yang mendapat kecaman meluas dan mengakibatkan Smith dilarang menghadiri majlis Anugerah Akademi selama 10 tahun.
