Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hospital Saudi jaya jalani biopsi cecair baru, kurangi pembedahan kesan barah

Nov 1, 2023 | 5:41 PM
TEKNOLOGI BARU: Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan Raja Faisal  (KFSH&RC) di Arab Saudi menggunakan teknologi baru dalam pengesanan awal kanser.
TEKNOLOGI BARU: Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan Raja Faisal (KFSH&RC) di Arab Saudi menggunakan teknologi baru dalam pengesanan awal kanser. - Foto KFSH&RC

Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan Raja Faisal (KFSH&RC) berjaya menjalankan biopsi cecair ke atas pesakit yang merangkumi pelbagai kumpulan umur. Penggunaan teknologi kesihatan inovatif ini menawarkan alternatif yang lebih selamat kepada biopsi tisu konvensional.

Biopsi konvensional memerlukan doktor mengeluarkan sekeping tisu atau sampel sel daripada badan supaya ia boleh diuji di makmal.

Menurut kenyataan hospital tersebut, kaedah baru itu berupaya mengesan kira-kira 50 gen yang dikaitkan dengan barah dan lebih 3,000 mutasi genetik. Ia mencerminkan kemajuan penting dalam penjagaan pesakit, menghapuskan keperluan mengambil tisu dari kawasan yang terjejas untuk pemeriksaan.

Biopsi cecair menawarkan kelebihan berbanding biopsi tisu tradisional. Ia kurang invasif, hanya memerlukan sampel darah sebanyak 10 mililiter yang mudah diperolehi daripada pesakit.

Selain itu, ia memberikan ketepatan yang tinggi dalam usaha mengesan biopenanda tumor dengan pantas, meramalkan langkah rawatan, mengenal pasti mutasi yang muncul, dan mengesahkan ketiadaan tumor berulang, sekali gus menandakan kemajuan yang ketara dalam sains kanser.

Teknologi ini juga memberikan alternatif yang lebih selamat berbanding biopsi tradisional bagi pesakit yang menghadapi cabaran mengeluarkan tisu di bahagian yang terjejas, sebagai contoh, dalam kes mengesan kanser paru-paru.

Ia juga memberi manfaat kepada pesakit lebih tua, yang lazimnya menghadapi kerumitan kesihatan, menyebabkan doktor sukar menjalankan pembedahan untuk mendapatkan biopsi secara tradisional.

Teknologi biopsi cecair juga mempunyai potensi membantu rawatan kanser di KFSH&RC di peringkat lain. Melalui kaedah ujian biasa, ia membolehkan usaha membangunkan pangkalan data berhubung mutasi penyebab tumor dalam masyarakat tempatan, yang membantu diagnosis awal kanser sebelum tumor terbentuk.

Pada masa yang sama, data itu juga boleh menjejak perubahan dalam keadaan pesakit, membenarkan penyesuaian pantas dalam pelan rawatan dan mencegah keadaan menjadi bertambah buruk.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg