Premium
Hotel setempat tawar pengalaman bermakna
Dec 21, 2020 | 5:30 AM
PELBAGAI RUANG SELESA: Tamu di Oasia Hotel Downtown boleh merehatkan minda sambil menjamu selera, membaca atau sekadar bersantai di pelbagai ruang selesa yang disediakan di sekitar hotel itu termasuk di pondok ini yang terletak di Club Floor yang eksklusif buat tamu yang menginap di bilik Club. - Foto BH oleh ERVINA MOHD JAMIL -
SEDANG permintaan bagi cuti inap setempat atau staycation kian rancak, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan hujung tahun dan sekatan perjalanan akibat pandemik Covid-19, hotel setempat turut memastikan pengalaman yang bermakna bagi tamunya.
Pendek kata, staycation kini bukan sahaja bermakna tamu hanya dapat tidur di hotel, berendam dalam tab mandi, berenang di kolam renang dan menikmati sarapan di atas katil.

