Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS SEBERANG

Hubungan Eizlan Yusof, bekas isteri akrab demi anak

Oct 14, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof dan bekas isterinya, Vie Shanti Haroon Khan, sudah mendirikan rumah tangga baru bersama pasangan masing-masing, hubungan mereka kekal akrab demi anak-anak.



Menurut Eizlan, 51 tahun, kepada laman Utusan Online, di sebalik perpisahan lapan tahunnya dengan Vie, mereka masih ibu bapa tiga anak yang memerlukan perhatian mereka.



"Bukan sahaja kepada tiga orang anak hasil perkongsian hidup sebelum ini, bahkan juga dengan anak kami bersama pasangan baru sekarang.



"Maklumlah, saya kini ada anak kecil berusia enam bulan dan begitu juga dengan Vie bersama suaminya yang kini mempunyai seorang anak.



"Hubungan kami semua sangat rapat sebagai sebuah keluarga kerana bagi saya, sebagai ibu bapa, kami perlu menyuntik nilai positif kepada setiap anak," katanya.



Eizlan berkata demikian semasa ditemui pada sidang media Sambutan Ulang Tahun ke-37 Aeon Group Malaysia di Setiawangsa, baru-baru ini.



Selain itu, kata Eizlan, beliau sentiasa percaya bahawa kasih sayang terhadap anak-anak walau sudah mempunyai keluarga lain, tidak wajar dibeza-bezakan.



"Baik dengan adik mereka dengan bekas isteri atau adik mereka dengan ibu tiri kini. Saya dan bekas isteri selalu terapkan bahawa mereka hidup lima beradik.



"Tak perlu beza-bezakan kasih sayang. Bagi saya, bekas isteri telah mendidik anak-anak kami dengan sangat baik dari aspek pelajaran dan didikan agama.



"Begitu juga dengan isteri saya sekarang. Beliau juga merupakan isteri yang baik, pandai menguruskan rumah tangga dan anak-anak," katanya lagi.



Dalam pada itu, berkongsi mengenai kehidupannya yang kembali berdepan dengan situasi menjaga anak kecil, Eizlan mengaku tidak mempunyai masalah menguruskan anak kecilnya, Zaelynn Rosa.



Malah, kata Eizlan, di sebalik ujian pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia juga bagaikan satu hikmah besar apabila beliau berpeluang menghabiskan banyak masa bersama anak dan keluarga.



"Saya ini merupakan orang yang sangat-sangat sibuk. Jadi apabila berlakunya pandemik dan PKP, secara tak langsung saya berpeluang dapat habiskan banyak masa dengan anak dan keluarga.



"Zaelynn sangat beruntung kerana dia mendapat tumpuan penuh daripada ibu dan ayahnya di rumah.



"Ini satu rahmat daripada-Nya buat kami sekeluarga. Walaupun ada yang melihat pandemik ini dari sudut negatif, terjejas dan sebagainya, bagi saya, di sebalik semua itu tetap ada nilai positif dan hikmah yang baik buat kita semua," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >