Premium
Hurai teka-teki canggih dan risik keselamatan siber
Mar 25, 2017 | 5:30 AM
TERUJA TIMBA ILMU: Sebagai belia yang terpaut pada warna-warni dunia siber, Cik Nurul Huda Mohamed Amir dan Encik Hamzah Pinadi berhasrat menceburi bidang forensik digital atau penggodaman beretika selepas tamat pengajian kursus Diploma Pengurusan Keselamatan Infokom di Politeknik Republic. - Foto POLITEKNIK REPUBLIC -
SEJAK di bangku sekolah rendah lagi, Cik Nurul Huda Mohamed Amir sudah bergelar 'hantu komputer' yang tertarik pada isu penggodaman peralatan canggih.
Beliau malahan terjumpa laman khusus yang mengajar individu menggodam secara asas menerusi peraturan langkah demi langkah.

