SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ibu Chef Wan meninggal dunia

Ibu Chef Wan meninggal dunia

Jan 12, 2023 | 10:25 AM

Ibu Chef Wan meninggal dunia

Foto INSTAGRAM CHEF WAN
Foto INSTAGRAM CHEF WAN -

IBU kepada selebriti masakan dan juga pelakon terkenal Chef Wan meninggal dunia awal pagi tadi (Khamis, 12 Januari).

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Datuk Redzuan Ismail, 64 tahun, memaklumkan ibu tercinta, Noraini Abdullah, 93 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi.

"Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa ibu saya yang tersayang telah meninggal dunia pada 6.20 pagi tadi dalam tidurnya di Hospital Gleneagles.

"Semoga rohnya bersemadi dengan aman, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan bersama orang yang beriman kelak.

"Jenazah akan dipersiap untuk dikebumi di Masjid Putra Putrajaya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10. Al-Fatihah.

"Terima kasih tidak terhingga kepada semua ucapan serta doa untuk Allahyarham ibu saya. Alhamdulillah," tulis Chef Wan di akaun Instagramnya.

Dalam hantarannya sebelum ini, Chef Wan memaklumkan ibunya sedang menerima rawatan akibat barah tahap empat di sebuah hospital.

Difahamkan, selain barah, Allahyarham turut menghidap Penyakit Alzheimer dan demensia.

Beberapa artis seperti Alif Satar, Hisyam Hamid, Azrel Ismail, Marsha Milan, Azza Elite, Almy Nadia, Noryn Aziz dan Haiza Hanafi turut mengirim salam takzaih kepada Chef Wan di Instagram. - ASTRO AWANI

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg