Memang sudah menjadi impian Cik Sarifah Sopiah Mohamed Yassin untuk melancong secara solo namun hasrat itu terpaksa dipendam jauh dalam lubuk hatinya tatkala mendirikan rumah tangga pada usia muda 21 tahun dan kemudian dikurniakan tiga cahaya mata.

Rancangannya ditangguhkan setelah beliau melanjutkan pelajarannya pada lewat 20-an tahun dan kemudian melahirkan dua anak lagi.