Premium
'Ibu' Shakespeare beraksi di pentas dalam bahasa Batak
Antara watak dalam persembahan sempena Pesta Seni Antarabangsa Singapura tahun ini
Aug 25, 2016 | 5:30 AM

BAWA WATAK IBU: Pelakon Indonesia Jajang C. Noer (gambar kiri) bakal bawa watak fiksyen ibu Shakespeare dalam 'Sandaime Richard' yang turut memaparkan pelakon Singapura, Janice Koh, lima pelakon Jepun dan seorang dalang dari Bali, arahan Ong Keng Sen sempena Pesta Seni Antarabangsa Singapura 2016. - Foto-foto SIFA, INTERNET -
PELAKON veteran Indonesia Jajang C. Noer akan memainkan dua peranan ibu yang berbeza - selaku ibu Shakespeare, satu watak rekaan golongan kelas bekerja yang mengawal anaknya, dan seorang ibu pemimpin keluarga atau matriarch dalam suku ikebana.
Namun, beliau akan menyampaikan kededua watak ini, bukan dalam bahasa Inggeris atau Indonesia, tetapi loghat bahasa Batak.

