Ibu si kembar jaga makan demi hasilkan cukup bekalan susu
Premium
Ibu si kembar jaga makan demi hasilkan cukup bekalan susu
Jun 9, 2017 | 5:30 AM
TERUS MENYUSUKAN BAYI WALAUPUN BERPUASA: Cik Juriah Aziz Ng memberi perhatian lebih kepada pemakanannya dalam Ramadan ini supaya dapat terus menghasilkan bekalan susu yang mencukupi untuk anak kembarnya, Madeenah Az-Zahraa (kiri) dan Mayeesha Ar-Rawdah. - Foto ZALEHA ABDUL KADER -
SETELAH enam tahun menunggu kehadiran cahaya mata sebagai penyeri hidup, Cik Juriah Aziz Ng dikurniakan bukan satu malah dua anak perempuan kembar Disember lalu.
Selain membawa perubahan besar kepada kehidupan beliau dan suami, kehadiran si kecil turut membuat Cik Juriah, 31 tahun, lebih prihatin akan pemakanannya, terutama dalam Ramadan ini.

