BAGI mereka yang ingin mendapatkan resipi bagaimana untuk memasak makanan 'hipster' menarik di rumah anda, ayuh ikuti Cef Bob dalam rancangan gaya hidup mingguan Berita Minggu,The BM Show, edisi Ramadan.
Dalam segmen khas, Makan Hipster, Cef Bob, selaku hos undangan, akan mencedok resipi daripada tiga penjaja 'hipster' yang pernah menjaja di bazar Geylang Serai.
Ini termasuk resipi Honey Buih Thai Iced Tea oleh Charkoi, Buffalo Cheesesteak Hotdog oleh Meatmymeat, dan sajian pisang keju istimewa, The Original Pisang Keju.
Sepanjang tiga minggu, Cef Bob akan mengajak anda mengetahui cara-cara penyediaan makanan hipster ini yang boleh anda lakukan dan sajikan di rumah.
"Jarang-jarang penjual nak kongsi resipi. Jadi, inilah masanya untuk anda belajar bagaimana membuatnya sendiri di rumah!" kata Cef Bob.
Segmen Makan Hipster edisi Ramadan The BM Show merupakan hasil kerjasama NTUC FairPrice dengan Berita Harian. The BM Show ditayangkan setiap Ahad pada 5.30 petang di laman media sosial Berita Harian, termasuk Facebook dan Instagram.
Anda juga boleh menyaksikannya di laman web www.beritaharian.sg setiap Ahad dari 11 April hingga 9 Mei.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg