Topik diikuti
Pergi ke BHkuIkuti sesi bercerita, program warisan Melayu cuti sekolah ini
Berikut beberapa program percuma dan berbayar yang dapat memupuk minat membaca serta memperkaya penghayatan bahasa dan warisan Melayu dalam kalangan si kecil sepanjang cuti sekolah ini.
Sesi bercerita sempena ‘Read For Good’
‘The Great Book Adventure!’
Seorang Peneroka Buku memerlukan bantuan anda! Buku-buku telah kehilangan cerita mereka, dan hanya anda yang mampu mengembalikannya. Jejaki petunjuk tersembunyi dan temui semula keajaiban membaca dalam pengembaraan interaktif ini.
‘Once Upon a Story bersama Sheila Wee’
Sertai Sheila Wee, yang dikenali sebagai tokoh penceritaan Singapura, dalam sesi yang meriah menampilkan tiga kisah kesayangan ramai: ‘Stone Soup’, ‘Take a Little Walk Bear’ dan ‘Coyote and the Bird’.
Kedua-dua sesi ini sesuai untuk kanak-kanak berumur empat tahun dan ke atas.
Program ini merupakan sebahagian daripada kempen membaca untuk tujuan amal anjuran Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), Read for Good, yang meraikan ulang tahunnya yang ke-10 pada 2026.
Tarikh: 6 September
Masa: 10.30 –11 pagi dan 2 – 2.30 petang
Lokasi: Perpustakaan Central
Daftar: go.gov.sg/readforgood-6sep-ig
Teroka warisan hidup Kampong Gelam
Kawasan persekitaran Taman Warisan Melayu (TWM) bukan sekadar taman yang dihias indah.
Ia merupakan lanjutan hidup kepada kisah-kisah yang dipelihara di dalam muzium.
Banyak tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan itu telah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, tradisi dan amalan budaya masyarakat Melayu.
Melalui sesi jalan berpandu interaktif, Nature’s Stories: Exploring Kampong Gelam’s Living Heritage, peserta akan mengenali beberapa tumbuhan dengan memerhati, menyentuh dan menghidu tumbuhan tersebut sambil menyingkap kisah kegunaan tradisionalnya dalam makanan, perubatan, wangian, kraf tangan dan kehidupan harian di kawasan persekitaran Taman Warisan Melayu (TWM).
Ini diikuti kegiatan amali menggunakan tumbuhan yang telah diperkenalkan, seperti menganyam.
Peserta juga membawa pulang jurnal warisan mereka sendiri.
Sesi ini akan dijalankan dalam bahasa Inggeris dan sesuai untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun.
Tarikh: 8 September
Masa: 10.30 pagi – 12.30 tengah hari
Lokasi: Taman Warisan Melayu
Harga: $24 untuk pasangan ibu/bapa dan kanak-kanak; $12 untuk ibu/bapa dan kanak-kanak tambahan
Daftar: go.gov.sg/naturesstories
Belajar bahasa Melayu di taman
Dalam program Bahasa Melayu In The Garden: Bermain, Bertutur, Teroka!, kanak-kanak akan belajar menerusi permainan dan penerokaan alam semula jadi.
Dikendalikan dalam bahasa Melayu, program ini bertujuan membangunkan kosa kata dan kemahiran komunikasi secara semula jadi menerusi pengalaman dunia sebenar yang bermakna sambil memupuk rasa cinta terhadap dunia luar.
Sesi ini sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke atas.
Tarikh: 8 September
Masa: 2 – 5 petang
Lokasi: Kebun Bunga Singapura
Harga: $110 seorang kanak-kanak, termasuk semua sumber dan snek
Daftar: www.rootsandboots.sg
Sesi cerita Pak Kaduk dan Si Kunani
Pak Kaduk ialah seorang petani yang menanam impian untuk mengubah nasib keluarganya.
Dengan harapan memperoleh rezeki, Pak Kaduk membawa ayam kesayangannya, Si Kunani, ke gelanggang sabung ayam di Istana.
Namun, tanpa disedarinya, satu keputusan yang dibuat Pak Kaduk bakal mengubah perjalanan hidupnya buat selama-lamanya.
Ayuh ikuti cerita Pak Kaduk yang akan dipersembahkan oleh pencerita Pak Tam, dengan gabungan penceritaan, nyanyian dan interaksi bersama penonton.
Selepas sesi bercerita, peserta berpeluang memasuki bangunan yang sebelum ini merupakan Istana diraja.
Mereka boleh pelajari tentang kehidupan di Istana pada masa dahulu di Galeri Tetap TWM.
Peserta juga berpeluang membawa pulang Si Kunani versi mereka sendiri yang dihasilkan dalam satu kegiatan kraf tangan.
Sesi ini akan dijalankan dalam bahasa Melayu dan sesuai untuk kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun.
Tarikh: 10 September
Masa: 2 – 3.30 petang
Lokasi: Taman Warisan Melayu
Harga: $16 untuk pasangan ibu/bapa dan kanak-kanak; $8 untuk ibu/bapa atau kanak-kanak tambahan
Daftar: go.gov.sg/pakkadukdansikunani
