Topik diikuti
Pergi ke BHkuIlhamkan kempen perkasa wanita negara Dunia Ketiga
NASIB KAUM HAWA DEKAT DI HATI: Cik Nurul Natasha Hassan tertarik dengan isu-isu membela hak wanita yang dicerna dan diketengahkan dalam kempen kreatifnya. - Foto JOHARI RAHMAT -
Apr 28, 2015 | 5:30 AM
WALAUPUN mampu tersenyum lebar dengan pencapaian membanggakan ramai wanita seantero dunia, Cik Nurul Natasha Hassan tetap prihatin dengan terbatasnya peluang pendidikan bagi sebilangan wanita di negara Dunia Ketiga.
Berdasarkan kajiannya, gadis berusia 20 tahun ini mendapati bahawa tiga suku daripada golongan yang tidak boleh membaca dan menulis di dunia terdiri daripada kaum Hawa.
