Mungkinkah sorakan Kallang Roar akan terus bergegar tahun ini dengan kehadiran Kejuaraan AFF?
Tahun ini, Singapura merupakan tuan rumah kepada kejuaraan tersebut yang pernah menyaksikan pasukan Singa negara merebut gelaran juara, dengan kali terakhir pada 2012.
Apakah kemenangan tersebut dapat diulangi kali ini?
Dalam ‘The BM Show’ minggu ini, kami mengimbau kenangan manis persada bola sepak negara daripada sudut pemain dan juga peminat.
Koresponden Shahida Sarhid telah menemu ramah antara penyerang terbaik negara, Indra Sahdan untuk mendapatkan pengamatannya berhubung peluang dan prestasi pasukan Singa sekarang. Beliau juga sempat mengimbas kembali kemeriahan menjulang trofi kejuaraan tersebut selain menunjukkan kehebatannya di padang bola dengan mengulangi tendangan bola yang dijaringkannya semasa menentang pasukan Manchester United apabila pasukan tersebut bertandang ke Singapura dulu.
Di samping itu, koresponden Irma Kamarudin pula sempat menemu ramah dua peminat setia atau ‘die hard fans’ pasukan Singa negara, Encik Akbar Hashim dan Encik Faizal Jamil. Meski sudah lama peminat sepertinya dapat merasakan keghairahan menyokong pasukan negara, mentelah lagi dengan pandemik yang berlaku, tetapi semangat yang ditonjolkan semasa diwawancara tetap dapat dirasakan.
Dalam segmen Gah! pula, Penolong kepada Editor, Hanim Mohd Salleh pula telah meninjau galeri seni Kamal Dollah di Wisma Geylang Serai serta mendapatkan pandangan beliau berhubung karya seni batiknya dan penerimaan masyarakat terhadap seni.
Klik untuk tonton ‘The BM Show’, episod kelima.