Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anak muda dengan jiwa 'orang lama'

Oct 30, 2022 | 06:34 AM



Di Korea Selatan, lagu rok dan dendang rakyat era 1970-an ciptaan Shin Joong-Hyun buat penyanyi remaja Kim Jung Mi kembali mendapat tempat di hati penggemar muzik muda yang sukakan irama menenangkan lagi suara Kim yang santai. Kumpulan 'The Mustangs' dari Madras, India, yang memainkan lagu instrumental antara 1965 hingga 1968 pula kembali diminati anak muda yang sudah bosan dengan lagu cinta patah hati atau lagu hip hop Bollywood. Bagaimana cita rasa penyanyi di Singapura pula yang turut memperjuangkan irama malar segar antara 1950-an dengan 1970-an? Dua penyanyi, Putri Emily Joehaidi dan Imma Pink (Rahimah Mohamad) berkongsi cinta dan cita rasa terhadap lagu lama.



IMMA PINK 



Usia: 33 tahun



- Merakam lagu berkonsepkan era 1960-an, 'Bayangan Asmara' dan 'Jom Raya'.



- Jurudandan dan guru sekolah istimewa ini pernah menyertai Anugerah 2009 dan menjayakan band rok Inggeris yang membuat 'gig' kecil-kecilan di Esplanade.



S: Bagaimana minat terhadap lagu klasik tercetus?



Imma: Saya menyertai peraduan Viral Voice Raya di mana saya menyanyikan lagu malar segar Aishah, 'Pulanglah'. Lama-lama saya suka dengan lagu klasik.



Saya kemudian dipelawa pemuzik dan penyanyi, Rudi Salim, bagi menyertai projek kugiran 'sessionist' Orkes Pulau Ujung.



Bagi saya, kerana projek ini mengetengahkan lagu klasik, ia merupakan cabaran buat saya. Sebabnya tak biasa dan tak selesa pada awalnya.



Lama-lama boleh jatuh hati pula dan dapati kalau kita mahirkan diri dalam irama Melayu tradisional dan lagu malar segar, apa jua genre kita dapat, kita boleh lontarkan suara dengan baik.



S: Apa yang menarik dan menyeronokkan tentang 'feel' lagu lama?



Imma: Bahasa bagi liriknya puitis dan mempunyai sentuhan nostalgia.



Saya dibesarkan dengan lagu sebegini kerana Abah memang meminati P. Ramlee dan Saloma.



'Bayangan Asmara' memang ditujukan buat Abah Imma dan juga warga emas lain agar mereka dapat mengimbas kembali kenangan manis sewaktu mereka masih muda dan tatkala bersama orang yang dicintai.



S:Mengapa penting untuk kembangkan lagu nostalgia sebegini?



Imma: Ia penting bagi memastikan generasi muda kini dan mendatang akan terus menghargai lagu nostalgia kerana tanpa yang lama, tiada yang baru.




PUTRI EMILY JOEHAIDI



Usia: 15 tahun



- Naib Juara Juara Mic Junior.



- Terlibat dalam persembahan Wadah Seni Entertainment, Retro Fiesta 70-an, di De Hall SG@Tai Seng Center di Irving Road.



- Putri mendapat pujian menyanyikan lagu Datuk Sharifah Aini, 'Hapuslah Air Matamu' dan duet bersama A. Razak, 'Dendang Remaja'.



Soalan (S): Apakah yang membuatkan Putri berminat dengan muzik lama bukan sezaman dengan Putri?



Putri: Saya dewasa dengan lagu-lagu lama sebab ibu dan ayah saya mendengarkan lagu berkenaan. Saya dapat bimbingan daripada ayah untuk menyanyikan lagu lama.



Saya bersyukur kerana dengan minat yang ada untuk mendendangkan lagu malar segar yang menenangkan, saya diundang ke acara retro untuk buat persembahan.



Saya dapat bertemu legenda dalam industri muzik Melayu. Mereka beri saya nasihat dan mendoakan agar saya berjaya dalam kerjaya seni.



S: Apakah cabaran mendendangkan lagu 'Dendang Remaja' bersama A. Razak?



Putri: Nak menghayati lagu lama ini memerlukan banyak latihan. Tonasinya berbeza dan saya perlu nyanyi sebahagian lagu ini dengan nota tinggi. Agak berisiko buat saya sebab takut ia kedengaran kurang cantik.



Sebelum ini, saya pernah berduet dengan orang lama dalam persada seni Singapura iaitu bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Fuad Rahman dalam lagu 'Bila Rindu' serta penyanyi era 1970-an Roselan Yus dalam satu persembahan Hari Raya anjuran Wisma Geylang Serai (WGS).



S: Siapakah idola anda?



Putri: Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga boleh pelbagaikan dendangannya pada lagu genre klasik dan moden.



S: Apakah perancangan selepas ini?



Putri: Kalau ada rezeki, saya ingin rakam lagu sendiri. Ada juga pihak yang ingin bawa saya jelajah ke Malaysia untuk persembahan. Saya mengharapkan yang terbaik untuk kembangkan bakat saya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >