Premium
Impian timang anak pada 2020 jadi kenyataan
Pelakon Sheiryn Aisiqa Sinclair terkilan majlis sanding di Greece terpaksa dibatal dek Covid-19, tapi gembira akan jadi ibu sebagai ganti
Oct 4, 2020 | 5:30 AM
SEBAIK sahaja pelakon Sheiryn Aisiqa Sinclair memuat naik gambarnya ke media sosial dan mengumumkan tentang kehamilannya, ruangan komennya dipenuhi dengan ramai rakan artis - tempatan dan luar negara - mengucapkan tahniah kepada beliau.
Namun, apa yang membuat ramai lebih terkesima ialah jelitawan berusia 28 tahun ini mengumumkan tentang kehamilannya dengan berjalan ala catwalk sambil mengenakan kasut tumit tinggi semasa beliau sarat mengandung pada trimester ketiga.

