Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Imran Ajmain ‘tulus ikhlas’ rakam ucapan, tapi peminat kurang hargai

Feb 13, 2024 | 03:50 PM



Penyanyi mempopularkan lagu, Selamat Ulang Tahun Sayang, Imran Ajmain, meluahkan rasa kecewa terhadap peminatnya yang tidak menghargai usahanya merakamkan video ucapan setelah permintaan ditunaikan.


Memuat naik luahan hatinya itu di akaun TikTok setelah sesi ‘live’ di dalam talian pada 11 Februari, Imran mengatakan beliau cuba sedaya upaya untuk menunaikan permintaan peminat dalam sehari dua, dan jika tidak ada masa, paling lama dalam seminggu dua.




@omgitsimranajmain

Benda free memang ler amik mudah 👎 — Nak charge berapa lepas ni @Firdaus Suhaimi ? #selamatulangtahunsayang

♬ original sound - Imran Ajmain - Imran Ajmain



Namun begitu, beliau terasa hati apabila peminat lesap dan tidak mengucapkan terima kasih, atau membalas pesanannya sejurus sahaja apa yang diminta ditunaikannya.

Yang turut menghampakan, peminat akan menggunakan rakaman itu untuk membuat kandungan sendiri, dan tidak ‘tag’-nya (memaut namanya) di media sosial.

“Itu sangat ‘rude’ (biadab). Saya buat dengan percuma, saya beri secara ikhlas, tak ada terima kasih, tak ada ‘wow!’, tak ada ‘like’. That’s not nice, sangat not nice (Tak baik, sangat tak baik),” kata Imran di video TikTok @omgitsimranajmain kepunyaannya itu.


Apabila dihubungi Berita Harian (BH) Imran berkongsi beliau menerima antara 10 dengan 20 permintaan setiap hari daripada peminat yang ingin menujukan lagu, Selamat Ulang Tahun Sayang, kepada orang tersayang pada hari istimewa mereka, seperti hari jadi atau ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.


“Saya anggap ini satu khidmat untuk peminat, tetapi saya juga tetapkan syarat sebelum saya menunaikan permintaan itu,” ujar Imran.

“Selalunya jika mereka belum ‘follow’ saya, saya minta mereka ‘follow’ saya dahulu. Dan jika mereka belum berhubung dengan saya sebelum ini, saya minta mereka langgani kandungan saya sama ada di YouTube atau di Spotify. Itu saja yang saya minta…”

Buat penyanyi tinggi lampai itu, untuk mengambil hati peminat, beliau tidak berkeberatan untuk bermesra, dan bertegur sapa dengan mereka, termasuk melayan kehendak peminat untuk bergambar atau mengambil video.


Selain itu, Imran juga akan melayan peminat sekiranya beliau membuat persembahan di luar kota, dan akan berjumpa dengan peminat jika mereka berhubung dengannya terlebih dahulu.


“Kalau mereka bukan dari KL (Kuala Lumpur), tentulah lebih susah untuk berjumpa dengan saya, dan saya berada di luar kota pun untuk persembahan swasta, dan bukan terbuka untuk orang awam.


“Jadi saya tidak berkeberatan untuk bertemu dengan peminat jika saya mengadakan persembahan di luar KL,” terang Imran.


Buat masa ini, Imran baru sahaja selesai membuat konsert di Singapura dan Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hangat.

Beliau juga sedang mempromosikan lagu terkini, Padam Dan Pergi, yang telah dimuat naik di wadah penstriman YouTube, Spotify dan Apple Music.


Imran juga dalam proses pembikinan album baru, yang merupakan kompilasi lagu-lagu dari albumnya, dari 2005 hingga sekarang.

Lagu-lagunya itu akan diolah semula dan diberi nafas baru dalam satu kolaborasi dengan ‘rappers’ dan penerbit muda.

Apabila ditanya mengapa Imran sanggup melayan kehendak peminat dan merakam lagu untuk mereka, Imran berkata:

“Saya ingin buat yang terbaik, dan memberikan khidmat ‘tip-top’ untuk peminat.

“Saya tak mengharapkan apa-apa, setakat terima kasih pun mencukupi,” terang Imran yang mengakui ramai yang berbuat begitu, dan tidak semua peminatnya lesap tanpa mengucapkan terima kasih.

“Apabila peminat DM (mesej) atau tinggalkan ‘voice note’ (rakaman suara), meminta ucapan video daripada saya, saya akan bersiap dan pastikan ‘lighting’ cantik supaya dia boleh ‘repost’ atau muat naik semula dalam media sosial.


“Saya pastikan skripnya lancar, lagi-lagi kalau ucapan istimewa, jadi ia memang mengambil masa dan tenaga, jadi kalau dah bagi usaha seperti tu, wajar kan kalau saya rasa dihargai?”

Menurut Imran, ada sesetengah artis yang menggunakan peluang merakamkan ucapan untuk buat ‘duit’, tetapi Imran lebih cenderung meningkatkan aliran penstriman.

“Apabila peminat dapat ucapan, lebih ramai akan mencari lagu ini dari wadah penstriman dan daripada situ saya akan mendapat faedahnya. Itu adalah matlamatnya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >