Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Inang' beri ruang anak Lydia Kandou, Naysilla Mirdad, bayang sakit wanita hamil

Dec 04, 2022 | 03:02 PM



MENGGIGIL seluruh badan jika pengalaman ngeri berlaku di set penggambaran filem seram misteri Indonesia Inang. Mujur ia tidak berlaku dan penggambaran filem yang kini ditayang pawagam Cathay (Singapura) itu berjalan lancar.



Dalam satu wawancara panggilan jauh Berita Minggu, pelakon utama Inang, Naysilla Mirdad, 34 tahun, menceritakan tentang pengalamannya menjayakan filem itu bersama pelakon mapan, ibunya Lydia Kandou.



Soalan (S): Apakah perasaan anda dilamar bagi filem 'Inang' selaku Wulan.



Naysilla (N): Yang pertama sekali, saya takut kalau ada perkara menakutkan berlaku di set. Kebanyakan masa, kita dengar tentang kejadian aneh berlaku di set filem seram atau 'thriller'.



Mujurlah, tiada apa-apa berlaku sebab kesemua pelakon Inang penakut sebenarnya! Segalanya berjalan lancar dari proses membaca skrip hinggalah melakonkan watak Wulan ini.



S: Bagaimana Wulan berbeza daripada watak lain anda sebelum ini?



N: Wulan gadis biasa sahaja, seorang pekerja pasar raya yang berdikari menyelesaikan masalahnya tanpa bantuan.



Hidupnya susah sehingga hamil di luar nikah. Saya tidak pernah hamil atau melahirkan. Jadi saya perlu membayangkan bagaimana kesukaran seorang wanita hamil yang tertekan dengan bermacam perkara, termasuk bertemu dengan keluarga Eva yang sebenarnya menyimpan rahsia besar yang mengancam nyawa Wulan.



Saya tidak tahu bagaimana seorang wanita itu melalui kesakitan melahirkan. Maka dari segi pergerakan dan mimik muka serta perjalanan nafasnya, perjalanan hi-dup sehariannya... semua saya perlu belajar hidupkan dalam lakonan saya.



Sutradara filem ini, Fajar Nugros, pula suka mengubah atau menambah baik dialog. Mana yang tidak sesuai, kami berbincang spontan untuk menukarnya.



S: Apakah anda tahu tentang kepercayaan 'Rebo Wekasan' dalam 'Inang', iaitu orang yang lahir pada Rabu terakhir Safar dianggap membawa sial?



N: Walaupun saya orang Jawa, ini baru kali pertama saya ketahui tentang mitos atau kepercayaan sebegini. Saya terkejut amalan ini masih diteruskan di sesetengah kawasan di Indonesia ini.



Pastinya Inang membuka pendedahan pada mitos dan ritual yang tidak pernah diketahui sebelum ini.



S: Apakah berlakon pilihan atau cita-cita anda sejak kecil?



N: Tidak, impian saya adalah untuk menjadi cef sebab saya suka buat kek di dapur dan memasak.



Sejujurnya, apabila dahulu saya lihat mama saya berlakon, saya dapat bayangkan betapa penat bekerja selaku pelakon dari pagi sampai tengah malam. Saya tidak suka.



Bagaimanapun, kebetulan ada rezeki. Saya ikut kakak saya, Kak Nana, pergi sesi uji bakat dan ditanya sama ada saya ingin berlakon sama dalam watak kakak dan adik bersama kakak saya.



Saya berbincang dengan papa dan mama saya. Mereka izinkan. Pada 2004, itulah detik saya mula berlakon dalam sinetron Liontin bersama Kak Nana. Sejak itu, saya jatuh hati dengan dunia lakonan, tetapi berbanding Kak Nana yang boleh menyanyi seperti papa, saya cuma penyanyi kamar mandi!



S: Apa nasihat papa dan mama?



N: Mereka pesan agar saya menjaga nama baik mereka, tidak mencemarinya dengan perbuatan yang tidak baik.



Mereka tekankan soal disiplin dan kesediaan menimba ilmu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >