Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Inap percuma di hotel lima bintang apabila terbang bersama Emirates

Feb 4, 2025 | 6:10 PM
Pengunjung menyaksikan roda ferris Ain Dubai di Pulau Bluewaters berdekatan Dubai Marina di Dubai pada 13 Disember 2024.
Pengunjung menyaksikan roda ferris Ain Dubai di Pulau Bluewaters berdekatan Dubai Marina di Dubai pada 13 Disember 2024. - Foto AFP

Bayangkan pengalaman menginap di hotel lima bintang di Dubai secara percuma?

Ini dapat menjadi realiti jika anda memilih untuk mengambil penerbangan bersama Emirates jika tempahan dibuat selewat-lewatnya 9 Februari 2025.

Penumpang yang menempah tiket pergi balik di bawah kelas Bisnes atau Kelas Pertama bersama Emirates akan dapat menikmati penginapan percuma satu malam di hotel lima bintang JW Marriott Marquis, sementara mereka yang menempah kelas Ekonomi Premium atau Ekonomi akan dapat menginap di hotel lima bintang Crowne Plaza Dubai Deira.

Tawaran ini adalah untuk semua tiket pergi balik antara Singapura dengan Dubai, untuk tarikh perjalanan yang dibuat dari 22 Februari hingga 29 Mac, menurut Emirates dalam satu kenyataan media.

Tempahan boleh dilakukan menerusi laman web Emirates, pejabat tiket dan runcit Emirates serta pusat hubungan atau menerusi agensi pelancongan.

Tempoh perjalanan tersebut merupakan musim sejuk di Dubai lantas menawarkan cuaca dengan suhu dingin.

Tempoh tersebut juga bertembung dengan musim Ramadan yang bakal disambut pada awal Mac.

Apa yang boleh dilakukan pelancong sewaktu musim sejuk dan Ramadan?

  1. Teroka Padang Pasir

Kira-kira 40 minit dari pusat bandar Dubai, pelancong boleh ke The Fort - Lisaili untuk menikmati suasana padang pasir yang mesra keluarga.

Selain menikmati pemandangan padang pasir yang menakjubkan sambil menunggang unta, pengunjung juga boleh melibatkan diri dalam tradisi kaya seperti lukisan henna.

Pada sebelah malam, bufet barbeku akan hidangkan di bawah langit malam ditemani bintang berkerlipan.

  1. Lakukan kegiatan yang beri pecutan adrenalin

Penggemar kegiatan lasak boleh berkunjung ke Aventura Parks, yang merupakan taman ‘zipline’ terbesar di Dubai dan cabaran tali tinggi (high ropes course) luar bangunan paling popular di Mushrif Park dalam kejiranan Mirdif.

  1. Sertai iftar dan sahur di rantauan

Hayati suasana Ramadan yang unik dengan melibatkan diri dalam perhimpunan iftar dan sahur tradisional.

Pengalaman membuka mata ini memberi lensa berbeza kepada cara Ramadan disambut di Dubai.

  1. Saksikan paparan tanglung

Sepanjang Ramadan, lokasi ikonik seperti Dubai Creek dan Pusat Bandar Dubai dihiasi paparan tanglung yang menakjubkan, menghidupkan suasana lain daripada lain untuk warga setempat dan warga asing.

Pada waktu malam, bandar itu bermandikan cahaya dengan paparan lampu yang menyerlah.

  1. Pasar Ramadan

Dari menyaksikan budaya Emirati hingga ke kegiatan mesra keluarga, pengunjung boleh mengalaminya di Daerah Ramadan di Jumeirah Emirates Towers.

Global Village juga merupakan tempat sesuai untuk pengunjung luangkan masa, dengan Ramadan Wonders Souk menawarkan pengalaman membeli-belah hadiah dari serata dunia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg