'BERMESRA' DENGAN RUSA: Ratusan rusa peliharaan berkeliaran secara bebas. Bersama rusa-rusa ini menjadikan pengalaman lebih menarik kerana pengunjung di Nara Deer Park yang terletak di kawasan Nara, iaitu antara Osaka dengan Kyoto ini berpeluang mendekati dan memberi haiwan-haiwan ini makan dari tangan pengunjung sendiri. Satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. - Foto ihsan MUSTAFFA YAAKUB. -
AMBOI... SERONOKNYA BARING BERDUA DI HAMPARAN SALJI: Penulis (kanan) bersama isterinya, Cik Masita Asmawi, teruja bermain salji di kampung bersejarah Shirakawa-go yang merupakan sebuah perkampungan yang mendapat perhatian pelancong sepanjang tahun. - Foto ihsan MUSTAFFA YAAKUB. -
CUKUP TENANG: Kawasan Tasik Ashi merupakan sebuah kawasan indah di Hakone, wilayah Kanagawa di Pulau Honshu. Tasik ini amat popular kerana ia menyediakan banyak kemudahan untuk pelancong termasuk beberapa bot pesiaran dan feri untuk merentasi tasik dan menikmati pemandangan indah di sana. - Foto ihsan MUSTAFFA YAAKUB. -
-

TATKALA kaki ini menjejaki Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di mana bumi matahari terbit, ia memberi satu gambaran mengenai keindahan negara Jepun.
Ketibaan disambut dengan cuaca sejuk sekitar enam darjah Celsius memang telah dijangka kerana Disember merupakan bulan permulaan musim sejuk di negara itu.